SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN CADANGAN PEMBINAAN

LOJI WtE DI TAPAK STESEN PEMINDAHAN SISA PEPEJAL TAMAN BERINGIN KEPONG
         
 

1. Kenapa pilih lokasi ini?

  • Lokasi ini merupakan satu-satunya kawasan yang telah digunakan sebagai tapak pelupusan sisa pepejal (sampah) di Kuala Lumpur.
  • Dalam pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efektif, prinsip “proximity” adalah sangat penting untuk meminimakan kos dan impak kepada alam sekitar. Menurut "Proximate Principle", sisa perlu dirawat di dalam kawasan penghasilan sisa pepejal. Dalam erti kata lain, bahan buangan yang dihasilkan dari Kuala Lumpur perlu dirawat di Kuala Lumpur.

2. Lokasi yang dipilih terlalu hampir dengan penempatan penduduk dan tidak memenuhi jarak zon penampan?

  • Lokasi yang dipilih ini merupakan tapak stesen pemindahan sisa pepejal yang telahpun beroperasi sejak 2002 dimana sampah-sampah sebanyak 3000 tan sehari telah dihantar ke sini setiap hari;
  • Malah ianya merupakan tapak pelupusan sisa pepejal bagi Kuala Lumpur sejak tahun 1996.
  • Jarak terdekat di antara sempadan lokasi yang dikenal pasti dengan penduduk setempat adalah 100 meter
  • Garis panduan Sitting dan Zoning yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan keperluan zon penampan bagi kemudahan Loji Waste To Energy adalah 350 meter. Ulasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Januari 2014 ke atas Penilaian Awal Tapak (PAT) telah menetapkan 350 meter zon penampan dikira dari sumber pencemar ke sempadan kawasan penempatan.
  • Zon penampan secara tradisinya dikaitkan dengan pelepasan gas-gas toksid dan merbahaya yang terhasil daripada proses rawatan yang sering dikaitkan dengan teknologi yang digunakan. Bagaimanapun teknologi sekarang yang digunakan mampu menangani pelepasan gas tersebut sehingga isu zon penampan tidak timbul sama sekali.
  • Sebab itulah dinegara-negara maju seperti Jepun, German, Denmark, Sepanyol, Switzeland yang menggunakan teknolgi terkini, tiada keperluan zon penampan malah dibina berdekatan dengan Hospital, Sekolah, dan kawasan Perumahan.

3. Dioksin dan furan dilepaskan dari Loji WtE membahayakan kesihatan?

  • Dioxin dan furan boleh menjejaskan kesihatan sekiranya seseorang itu terdedah bagi tempoh yang lama atas kepekatan yang tinggi.
  • Dioxin dan furan dilepaskan oleh pelbagai aktiviti seperti pembakaran terbuka, asap kenderaan dan lain-lain dan tidak semata-mata dari Loji WtE
  • Bagaimanpun Loji WtE terkini mempunyai piawaian yang begitu ketat dimana standard pelepasan selamat antarabangsa dan terpakai di Negara ini adalah 0.1ng TEQ/Nm3.  Insinerator Mini Pulau Pangkor sejak 2012 hanya melepaskan 0.011ng TEQ/Nm3  pada Tahun 2012 manakala 0.007ng TEQ/Nm3 pada 2013

*(1 ng = billionth of a gram (10-9 g)

  • Di negara Jepun pula, teknologi insinerator telah berkembang maju dimana berdasarkan laporan Kementerian Alam Sekitar Jepun, kadar pelepasan dioxin telah menurun daripada lebih kurang 0.6 pgTEQ/m3  (100%) pada tahun 1977 kepada hampir negligible 0.05pg TEQ/m3 (1.8%) pada tahun 2007.

( 1pg = trillionth of a gram (10-12 g)

4.. Kerajaan pantau pelepasan gas-gas dari Loji WtE?

  • Gas-gas seperti SOx, Nox,klorin, HCI, CO dan habuk dipantau secara berterusan melalui CEMS yang disambung terus ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri berkaitan
  • Pemantauan pelepasan Dioksin dan furan dibuat berdasarkan kepada syarat-syarat kelulusan DEIA (Insinerator di Pulau Pangkor: Setahun Sekali, Insinerator Kualiti Alam di Ladang Tanah Merah: 2 kali setahun)

5.  Adakah Kerajaan menjalankan apa apa kajian untuk menentu selamat projek?

  • Kerajaan telah menjalankan Kajian kesesuaian tapak bagi menentukan kawasan yang bersesuaian di dalam kawasan tapak, keluasan yang diperlukan,  serta kaedah-kaedah/teknik-teknik yang sesuai untuk menyediakan tapak bagi membina loji.
  • Kajian Penilaian Awal Tapak (PAT)/ Kajian Model Udara Serakan (Air Dispersion Modelling) juga dibuat selaras dengan keperluan JAS bagi menentukan kesesuaian terutama dari segi lokasi, impak daripada pencemaran udara serta jarak zon penampan projek.
  • Kajian DEIA juga akan dijalankan bagi mengenalpasti impak-impak yang timbul sekiranya loji dibina dan langkah-langkah kawalan yang perlu diambil untuk menangani kesan impak.

6. Kerajaan  dilihat terburu-buru membina incinerator sedangkan Tapak Pelupusan Bukit Tagar mampu      bertahan   untuk 40 tahun lagi

  • Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar pada masa ini dijangka boleh bertahan sehingga 40 tahun lagi dengan jangkaan kadar penjanaan sisa pepejal di Malaysia meningkat secara konsisten setiap tahun. Bagaimanapun peningkatan sisa pepejal pada masa ini meningkat dengan begitu mendadak atau drastik sekali.
  • Kajian pada tahun 2005 menganggarkan jumlah sisa pepejal yang akan dihasilkan pada tahun 2020 adalah 30,000 tan sehari. Bagaimanapun kajian terkini telah mendapati bahawa pada tahun 2012, sisa pepejal yang dihasilkan dinegara ini telahpun mencapai 33,000 sehari. Manakala bagi Kuala Lumpur, Stesen Pemindahan telah dibina dengan andaian bahawa sisa pepejal yang akan diterima dan dihantar ke Bukit Tagar adalah maksima 1700 tan sehari. Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah yang dihantar melebihi kapasiti stesen iaiitu kadangkala mencecah 3,000 tan sehari.
  • Keadaan ini menunjukkan bahawa jumlah sisa pepejal yang dihasilkan melebihi kapasitii yang dirancang untuk tapak pelupusan di Bukit Tagar. Ini membawa makna bahawa tempoh hayat tapak pelupusan tersebut akan menjadi lebih pendek daripada tempoh ia dirancang pada asalnya.
  • Justeru bagi menangani masalah sisa pepejal ini,  Kerajaan telah lama membuat perancangan untuk membina loji-loji W2E. Penyataan ini bukan sahaja terdapat dalam  Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) yang menekankan supaya pembinaan teknologi baru bagi memaksimumkan pemerolehan semula sumber dan tenaga malah sejak OPP 3 (3Rd Outline Perspective Plan)  lagi iaitu perancangan jangka panjang negara (2001-2010). OPP 3 menyatakan “to further improve the management
    of solid waste, the Government will consider the adoption of a comprehensive
    waste management policy including the installation of incinerators for safe and
    efficient disposal of waste as well as to formulate strategies for waste reduction,
    reuse and recycling.”  OPP 3 ini telah dibincang dan diluluskan di Parlimen pada tahun 2001. Oleh yang demikian, tidak timbul keputusan untuk membina loji WtE dibuat secara tergesa-gesa.

7. Pembinaan Loji WtE akan menambah kesesakan di MRR2

  • Sama ada loji dibina atau tidak jumlah lori keluar masuk adalah berdasarkan jumlah kuantiti sampah yang dihantar ke Stesen pemindahan.
  • Pada ketika ini stesen menerima 2400 ke 3000 tan sisa pepejal sehari dengan jumlah lori keluar masuk sebanyak 38 unit lori open tippier dan 78 unit lori kompaktor (secara puratanya 1 lori= 3trip). Disebabkan terpaksa beroperasi melebihi kapasitinya, dihari-hari kemuncak lori-lori sampah ini terpaksa beratur lebih lama untuk menunggu untuk memindahkan sisa pepejal.
  • Malah dengan adanya Loji ini anti, dijangka bilangan lori kontena yang bergerak ke TP Bukit Tagar akan brkurangan kerana sebanyak 1000 tan sisa pepejal akan dirawat di lokasi ini.

8.  Cukai pintu akan meningkat jika loji ini dibina

  • Cukai pintu bertujuan untuk membayar pelbagai jenis perkhidmatan yang diberikan oleh DBKL seperti penyelenggaran jalan, longkang, utilities awam dan tidak semata-mata untuk pengurusan sisa pepejal sahaja.
  • Pada ketika ini yuran perkhidmatan  PSP & PA yang dibayar oleh DBKL kepada Kerajaan Persekutuan adalah atas kadar yang sama seperti sebelum penswastaan PSP PA walaupun cukai pintu dinaikkan.

9.  Mengapa tidak memberi tumpuan kepada  3R tetapi telah memilih untuk membina Loji WtE?

  • 3R merupakan satu pendekatan penting dalam strategi untuk mencapai sasaran 22% kadar kitar semula pada tahun 2020
  • Pelbagai program dan aktiviti telahpun dilaksanakan sejak tahun 2001
  • Tetapi tumpuan kepada 3R semata-mata tidak dapat menyelesaikan isu sisa pepejal yang meningkat secara mendadak.
  • Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan adalah bersifat holistik dan menyeluruh dengan mengambil kira setiap peringkat pengurusan sisa pepejal (3R di peringkat penghasilan, Loji Wte di Peringkat Rawatan, manakala di peringkat akhir adalah Tapak Pelupusan)
  • Kombinasi tindakan di ketiga-tiga peringkat tersebut dijangka dapat menangani masalah sisa pepejal dengan cekap dan berkesan.
  • Sekiranya kita berjaya mencapai 22% kadar kitar semula pada tahun 2020 beerti dapat menghindarkan sebanyak 22% daripada sisa pepejal dihasiklan berakhir di tapak pelupusan dan ini dapat mencapai pengurangan pelepasan jumlah GHG sebanyak 25% CO2eq.
  • Bagaimanapun kombinasi aktiviti kitar semula dan proses rawatan (WtE) serta MRF dapat menghindarkan sebanyak 40% daripada sisa pepejal dihasiklan berakhir di tapak pelupusan dan ini dapat mencapai pengurangan pelepasan GHG sebanyak 38% CO2 eq menjalang 2020
  • Pengurangan pelepasan GHG berkenaan dapat mencapai komitmen yang telah diberikan oleh YAB PM semasa COP15 Copenhagen Climate Change Conference UNFCCC.